Sunday 8 November 2015

Interview SPA

Hai semua ! lets talk about interview. Seperti yg sedia maklum, last post sy ada bagitau yang sy dapat interview dari SPA kan.. So kat sini sy nak cerita sikit lah ya. Mungkin boleh bagi panduan jugak pada orang lain. In Shaa Allah..

Alhamdulillah ni step yang kedua lepas sy exam online. Jadi, sy dapat 3 tawaran iaitu Lat. Juruteknologi Makmal Perubatan, Lat. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Lat. Juru X-ray..

Setelah saya tanya kawan, akak ipar dan yang lain, sy dapati kita akan disuruh pilih nak yang mana, Saya decide nak yang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Sebab macam tertarik dengan bidang kerja ni bila tau serba sedikit dari akak ipar. Sebab adik dia dapat bidang ni.

Ok lah, temuduga ni 27 Oktober haritu. Sampai2 je takdelah ramai sangat. tapi dah cukup buat kita rasa nervous lagi2 bila rasa macam lama nya dorang interview ni. hahaha.. Tapi bila kita yang kat dalam tu takdelah rasa lama sangat pun.

Btw.. sesiapa yang nak interview ni makesure study betul2 pasal bidang kerja tersebut ya. Sebab mostly dia memang akan tanya pasal bidang kerja tersebut. So saya directlah ya soalan apa yang di tanya berdasarkan bidang kerja yang sy nak (PPKP)..

-Bidang tugas
-Akta2 (berdasarkan bidang kerja)
-Apa yang terkandung dalam akta tersebut
-Ada apply apa lagi selain dibawah bidang separa perubatan? Gred berapa
-Makna Sihat
-Macam mana yang dikatakan kualiti makanan tu?
-Kriteria gred kebersihan yang di restoran2 tu
-Kriteria diri kita berdasarkan jawatan yang dipilih

Rasanya tu je kot. yang lain biasa2 je.. Kalau yg sy tanya adik kak ipar tu dia kata dia ada tanya tentang sejarah PPKP, unit di bawahnya.
Harap2 dapat membantu serba sedikit lah ya..
Doakan saya :) Hujung bulan keluar keputusannya..



7 comments:

  1. Okay awak, kita doakan awak berjaya nanti. Bukan senang nak dapat interview SPA. Kita pown xpenah dapat interview SPA. Huwaaaa.

    ReplyDelete
  2. Momma Zulaikha : Tulah, rezeki kan.. kita tak tau. Allah Maha Mengetahui :D btw thanks !
    fifie : tq yaa :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum ! Silalah comment :)

 
All Right Reserved To Me. Edited By NabilaMedan.